F.A.Q
Di mana anda perlu salurkan setiap aduan tentang sebarang masalah berkaitan bekalan air?
E-melkan kepada aduan [@] airperlis.com.my
Bila meter anda akan dipasang setelah permohonan diluluskan?
Setelah selesai proses permohonan baru & mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh SAP.
Kenapa pemotongan bekalan dikuatkuasakan?
- Untuk memungut jumlah tertunggak dari pengguna kerana gagal menjelaskan tunggakan bil air
- Untuk meningkatkan kecekapan aliran tunai syarikat
- Untuk memberi kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya menjelaskan bil mengikut tempoh ditetapkan
Bilakah penguatkuasaan pemotongan bekalan akan terjadi?
- Pengguna gagal menjelaskan tunggakan dalam masa yang ditetapkan
- Pengguna gagal untuk menjelaskan baki hutang tertunggak
- Pengguna didapati membuat sambungan haram ke premis
Bila bekalan air anda akan disambung semula?
Bekalan air akan disambung semula pada hari yang sama di mana semua bayaran tertunggak dijelaskan.